Jabatan Pengajian Kolej Komuniti
Login | 14 Pengunjung
 



 
  • Laman Utama
  • Maklumat Am
  •  
  •  
    • Perutusan KPJabatan / BahagianMaklumat PengajianBantuan Kewangan
      • Kalendar Akademik
        • Soalan Lazim
          • Senarai Kolej
  •  
  •  

  •  

 
  • iDBMS
  • Bank Soalan










 

MAKLUMAT KURSUS PENDEK
Kolej Komuniti juga menawarkan pelbagai kursus jangka pendek yang relevan dengan keperluan masyarakat setempat bagi meningkatkan kualiti kehidupan mereka

KELAYAKAN MASUK
Warganegara Malaysia. Sihat tubuh badan. Boleh menulis serta membaca.

CARA MEMOHON
Melihat Iklan kursus di kolej-kolej berkenaan atau datang terus ke kolej-kolej berkenaan untuk mewujudkan kursus yang tidak ada dalam senarai kursus tawaran melalui perbincangan secara terus dengan pihak pengurusan kolej-kolej berkenaan.

TEMPOH PENGAJIAN
Bergantung kepada modul yang disediakan. Kebiasaannya adalah kurang daripada 6 bulan.

TEMPAT KURSUS
Bertempat di kolej komuniti atau tempat di luar kolej komuniti yang berhampiran dengan komuniti setempat.

WAKTU KURSUS
Waktu pejabat atau di luar waktu pejabat.

KURIKULUM / KANDUNGAN KURSUS
Penentuannya bersama pelanggan dan pengurusan kolej komuniti, KPTM atau menggunakan modul kursus jangka pendek yang sedia ada atau mana-mana modul kursus sijil sepenuh masa yang diminati.


ALATAN KURSUS
Menggunakan alatan kolej atau disewa dari luar.

PENGIKTIRAFAN
Sijil Kehadiran atau Sijil Modul.

YURAN PENGAJIAN
Bayaran yuran pengajian yang dikenakan untuk seorang bagi satu-satu kursus adalah antara RM 5.00 hingga RM 20.00 sahaja. Namun bagi pesara, warga emas dan juga orang kurang upaya (OKU) tidak akan dikenakan sebarang yuran pengajian.

 


              

 






 

    © 2007 Hakcipta Terpelihara Jabatan Pengajian Kolej Komuniti
Paparan terbaik ialah dengan  IE 6 keatas resolusi 1024 x 768 pixel
 Penafian : Pihak Jabatan Pengajian Kolej Komuniti tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang mungkin akan dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman web ini