|
Bertanggungjawab mengubal kurikulum, penyedian modul bersama-sama dengan sektor berkaitan untuk menyelia hal-hal berkaitan dengan akademik kolej-kolej komuniti
MAKLUMAT KURSUS PENDEK
Kolej Komuniti juga menawarkan pelbagai kursus jangka pendek yang relevan dengan keperluan masyarakat setempat bagi meningkatkan kualiti kehidupan mereka
KELAYAKAN MASUK
Warganegara Malaysia. Sihat tubuh badan. Boleh menulis serta membaca.
CARA MEMOHON
Melihat Iklan kursus di kolej-kolej berkenaan atau datang terus ke kolej-kolej berkenaan untuk mewujudkan kursus yang tidak ada dalam senarai kursus tawaran melalui perbincangan secara terus dengan pihak pengurusan kolej-kolej berkenaan.
TEMPOH PENGAJIAN
Bergantung kepada modul yang disediakan. Kebiasaannya adalah kurang daripada 6 bulan.
TEMPAT KURSUS
Di kolej atau menyewa tempat di luar kolej komuniti yang berhampiran dengan komuniti setempat.
WAKTU KURSUS
Waktu pejabat atau di luar waktu pejabat.
KURIKULUM / KANDUNGAN KURSUS
Ditentukan bersama antara pelanggan dan pengurusan kolej komuniti, KPTM atau menggunakan modul kursus jangka pendek yang sedia ada atau mana-mana modul kursus sijil sepenuh masa yang diminati.
ALATAN KURSUS
Menggunakan alatan kolej atau disewa dari luar.
PENGIKTIRAFAN
Sijil Kehadiran atau Sijil Modul.
YURAN PENGAJIAN
Bayaran yuran pengajian yang dikenakan untuk seorang bagi satu-satu kursus adalah antara RM 5.00 hingga RM 20.00 sahaja. Namun bagi pesara, warga emas dan juga orang kurang upaya (OKU) tidak akan dikenakan sebarang yuran pengajian.
* Dengan kelulusan penubuhan Akaun Amanah di Kolej Komuniti KPTM, yuran kursus yang sesuai dan kompetitif akan diperkenalkan mengikut kemampuan pelanggan dan jenis kursus
KURSUS / PROGRAM SEPENUH MASA
(Jabatan Kejuruteraan & Kemahiran)
Program yang ditawarkan adalah 22 kursus peringkat sijil dan 11 program peringkat diploma. Program dan kursus ini ditawarkan di 43 buah kolej komuniti induk dan 21 kolej komuniti cawangan di seluruh negara
Senarai Kursus
(Rujuk Bahagian Pengambilan Pelajar) maklumat lanjut
BAHAGIAN AKADEMIK
E-mel: akademik@bpkk.edu.my
|