| | 
|
Jabatan Pengajian Kolej Komuniti KPT bertanggungjawab membangun dan mengurus sistem pentadbiran yang berkesan ke arah kecemerlangan pendidikan Kolej Komuniti KPT. Untuk mencapai hasrat ini, kami warga Jabatan Pengajian Kolej Komuniti KPT berjanji untuk:
- Menyediakan tenaga pengajar & staf yang sentiasa mencukupi & relevan dengan program yang ditawarkan di Kolej Komuniti.
- Memaklumkan status permohonan kemasukan ke Kolej Komuniti KPT kepada pemohon dalam masa satu (1) bulan selepas tarikh tutup permohonan.
- Memberi pertimbangan dan membuat pengagihan yang sewajarnya berhubung keperluan peruntukan kewangan setiap Kolej Komuniti KPT dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas penerimaan waran daripada Bahagian Kewangan.
- Mengamalkan etika professional dalam semua aspek pengurusan, pentadbiran dan perhubugan dengan pelanggan sepajang masa.
- Mengeluarkan Surat Akuan Terima dalam tempoh empat belas (14) hari setelah menerima surat aduan.
|

-
Proses pendaftaran pelajar dalam keadaan biasa diselesaikan pada hari yang sama pelajar mendaftar
-
Proses PLTV pelajar dilaksanakan secara sistematik, terancang dan berkesan mengikut jadual perancangan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
-
Mengeluarkan Surat Akuan Terima dalam tempoh empat belas (14) hari setelah menerima surat aduan
-
Keputusan peperiksaan akhir bagi Semester 1 dan 2 dikeluarkan dalam masa dua (2) minggu selepas semester pengajian berakhir
|
|
| |
|
| |
|