Jabatan Pengajian Kolej Komuniti
Login | 13 Pengunjung
 



 
  • Laman Utama
  • Maklumat Am
  •  
  •  
    • Perutusan KPJabatan / BahagianMaklumat PengajianBantuan Kewangan
      • Kalendar Akademik
        • Soalan Lazim
          • Senarai Kolej
  •  
  •  

  •  

 
  • iDBMS
  • Bank Soalan











KETUA PENGARAH
JABATAN PENGAJIAN KOLEJ KOMUNITI
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI


 

 

 

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera

Selamat Datang saya ucapkan kepada anda para pengunjung Laman Web Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Selaras dengan perkembangan pesat Teknologi Maklumat, saya berharap Laman ini akan dapat memberikan segala maklumat yang tuan-tuan kehendaki terutamanya mengenai kursus-kursus yang ditawarkan oleh Jabatan Pengajian Kolej Komuniti di samping mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai misi, visi, perkembangan serta matlamat penubuhan Kolej Komuniti.

 
Untuk makluman tuan-tuan, bermula dari 16 September 2009, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti telah dipisahkan dari Jabatan Pengajian Politeknik. Dengan pengasingan ini adalah di harap Kolej Komuniti mampu berfungsi dengan lebih efektif dan efisyen sebagai Hub Pembelajaran Sepanjang Hayat sepertimana yang telah dirancangkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 

 
Kolej Komuniti juga berperanan membantu kerajaan dalam meningkatkan tahap kemahiran serta ilmu kepada rakyat Malaysia, khasnya masyarakat setempat dalam usaha melahirkan lebih ramai tenaga mahir ataupun separa professional bagi tujuan pembangunan negara di samping meningkatkan tahap sosio ekonomi isi rumah. Jestru itu, dalam usaha untuk melaksanakan hasrat murni kerajaan, Kolej Komuniti telah menawarkan beberapa kursus kemahiran dalam bentuk sijil dan diploma secara sepenuh masa, separuh masa ataupun melalui kursus-kursus pendek. Dengan mengenakan kos yang amat minima, saya menyeru agar tuan tuan dan puan puan mengambilkan kesempatan dengan merebut peluang keemasan ini.  

 
Akhir sekali saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan saya kepada barisan kepimpinan Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti sebelum ini serta mereka-mereka yang telah banyak menaburkan bakti, budi dan jasa dalam menyediakan landasan bagi memastikan aspirasi negara melahirkan knowledgeable nation ataupun minda kelas pertama terus tercapai.  

 
“ KOLEJ KOMUNITI HUB PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT “
Salam Hormat, Salam Satu Malaysia
 
MEJAR PROF MADYA KAMARUDIN KASIM
Ketua Pengarah
mejdin@mohe.gov.my

 
              

 






 

    © 2007 Hakcipta Terpelihara Jabatan Pengajian Kolej Komuniti
Paparan terbaik ialah dengan  IE 6 keatas resolusi 1024 x 768 pixel
 Penafian : Pihak Jabatan Pengajian Kolej Komuniti tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau
kerosakan yang mungkin akan dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman web ini