Pengambilan Pelajar Baru Bagi Sesi Januari 2012
Pengambilan Pelajar Baru Bagi Sesi Januari 2012 untuk program Sijil Modular Kebangsaan telah dibuka. Program Modular adalah program latihan kemahiran berdasarkan kerja sebenar yang mengambil masa antara 3-6 bulan untuk tiap-tiap modular untuk selesai. Mereka yang berjaya menamatkan pengajian akan menerima Sijil Modular bagi setiap bidang yang diambil.
Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 17 tahun ke atas ( Lepasan Sekolah / Lulusan Universiti / Belia / Pesara Kerajaan / Warga Emas)
- Pekerja yang sedang bekerja digalakkan memohon bagi meningkatkan kemahiran
- Lepasan SPM 2011 dan masyarakat komuniti setempat amatlah digalakkan memohon.





