| BIL |
PERKARA |
KETERANGAN |
| 1. |
Iklan
|
Iklan Permohonan Kemasukan Pelajar ke Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia KPT bagi Sesi Julai 2010 disiarkan pada akhbar dan tarikh berikut:.
| Bil |
Akhbar |
Tarikh Siaran |
| 1. |
MINGGUAN MALAYSIA |
7 MAC 2010 (Ahad)
|
| 2. |
BERITA MINGGU |
| 3. |
METRO AHAD |
14 MAC 2010 (Ahad) |
| 4. |
SIN CHEW JIT POH |
| 5. |
NEWS STRAITS TIMES |
15 MAC 2010 (Isnin)
|
| 6. |
BORNEO POST (Sabah dan Sarawak) |
| 7. |
HARIAN SINAR |
21 MAC 2010 (Ahad)
|
| 8. |
TAMIL NESAN |
|
|
2.
|
Cara Memohon |
SECARA ATAS TALIAN (On-Line) No Pin Percuma:
:- Permohonan kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti KPT bagi Sesi Julai 2010 hendaklah dibuat melalui kaedah dalam talian (ON-LINE) dengan melayari laman web ini mulai 7 Mac 2010 (Ahad).
:- Pemohon baru diminta mendapatkan nombor PIN secara percuma melalui butang e-Borang untuk mula mengisi borang permohonan secara atas talian (online) mulai tarikh tersebut.
:- Pemohon perlu menyimpan No Pin berkenaan dan hendaklah menggunakannya sekiranya pemohon ingin mengemaskini maklumat permohonan.
:- Sekiranya pemohon terlupa No Pin berkenaan, pemohon hendaklah menghubungi Pegawai Pengambilan di Jabatan ini atau Pegawai Pengambilan di mana-mana Kolej Komuniti berhampiran.
SECARA MANUAL/BORANG
:-Borang Permohonan kemasukan ke Kolej Komuniti boleh di muat turun melalui laman web www.spkk.edu.my/pengambilan.
:- Borang Permohonan yang telah lengkap diisi perlulah dihantar atau diposkan ke mana-mana Kolej komuniti terdekat atau Kolej Komuniti pilihan pemohon. Sila sertakan salinan Kad Pengenalan untuk memudahkan semakan.
:-Dapatkan alamat Kolej Komuniti dengan menghubungi atau melalui laman web untuk menghantar permohonan tersebut.
PERHATIAN: Gunakan HANYA satu kaedah sahaja, untuk membuat permohonan baru.
|
| 3. |
Tarikh Tutup |
:- Permohonan kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti bagi Sesi Julai 2010 ditutup pada
30 April 2010 (Jumaat)*.
:- Pemohon yang menggunakan kaedah online, borang hendaklah diisi dan dihantar sebelum jam 12.00 malam 30 April 2010 (Jumaat)*.
:- Pemohon yang menggunakan kaedah Manual, borang hendaklah sampai ke mana-mana Kolej Komuniti sebelum atau pada 30 April 2010 (Jumaat)*.
:- Sila hubungi Kolej Komuniti berhampiran untuk maklumat lanjut jika berminat untuk meneruskan pengajian di Kolej Komuniti, KPT
|
| 4. |
Status Keputusan Permohonan |
:- Keputusan permohonan kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti KPT boleh disemak
mulai 09 Mei 2010 (Ahad)*.
:- Calon yang berjaya ditawarkan tempat pengajian di Kolej Komuniti KPT HENDAKLAH mencetak Surat Pengesahan Tawaran dan Borang Jawapan Tawaran (BJT-KK) melalui laman web ini. Arahan selanjutnya yang perlu calon lakukan terdapat dalam surat tersebut.
|
| 5. |
Tarikh Pendaftaran |
Calon yang berjaya ditawarkan tempat pengajian di Kolej Komuniti KPT bagi Sesi Julai 2010 dijangka mendaftar pada 12 atau 13 Julai 2010*.
|
| 6. |
Rayuan |
Bagi calon yang tidak berjaya, tempoh rayuan ialah mulai 09 Mei 2010 (Ahad)*.
Keputusan rayuan boleh disemak setiap hari Selasa mulai 11 Mei 2010 sehingga 13 Ogos 2010.
NOTA: * Tertakluk pada perubahan |